Wednesday 3 April 2013

HARIAN METRO: Penat lelah berbayar

3 Apr: Mereka mengharungi perjalanan ratusan kilometer sejak bermula Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2013 semata-mata bagi mencari tiket beraksi di grand final. Itulah ranjau yang terpaksa dihadapi skuad futsal bawah 12 tahun Remaja Semangat Pejuang (RSP) Smart Kids A dari Klang.

Percubaan mereka di Orbit de Futsal, Kuala Lumpur menerusi Siri Pertama, Manjung Indoor Sports Arena, Perak (Siri Ke-2) dan Safira Sports Palnet, Pulau Pinang (Siri Ke-3), semuanya menemui jalan buntu.

Namun akhirnya tuah berpihak kepada mereka di Sports Planet Senawang, Negeri Sembilan apabila muncul juara selepas menumpaskan SK Puchong Indah, 2-1.

Sebelum itu pada separuh akhir, RSP Smart Kids A menumpaskan RSP Smart Kids, B 1-0 manakala SK Puchong Indah mengalahkan Sri Remaja Kapar Junior, 2-1.

Pengurus pasukan Muhammad Nazrin Ab Aziz gembira dengan kejayaan itu selepas beberapa kali langkah mereka tersekat di separuh akhir.

“Pemain menunjukkan aksi konsisten dan permainan yang menghiburkan penonton sepanjang kejohanan,” katanya yang akan mempertaruhkan skuad RSP Smart Kids B untuk bersaing di Melaka pada 13 April ini.

Perlawanan sengit turut dipamerkan kedua-dua finalis kategori bawah 16 tahun, membabitkan GB FC A dari Klang menentang Kartallar FC (Sepang) sehingga juara terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti selepas terikat 2-2. Gelaran milik GB FC A apabila menang 3-2.

Kartallar FC tidak menghadapi masalah mengalahkan wakil tuan rumah Safias FC dari Ampangan, 5-1 pada separuh akhir manakala GB FC A diberi tentangan hebat Impro Mahkota (Johor) sebelum menang 3-1.


NEW STRAITS TIMES: Remaja Semangat Pejuang prevail

3 Apr: Remaja Semangat Pejuang beat SK Puchong Indah 2-1 to win the Under-12 title in their fourth try at the Milo Hidup Bola Futsal Carnival in Senawang, Negri Sembilan on Saturday.

In a fast-paced Under-16 final, Game Breakers from Klang played to a 2-2 draw with Sepang's Kartallah FC. Game Breakers went on to win the penalty shoot-out. A total of 78 teams participated in both the categories.