Wednesday 26 February 2014

HARIAN METRO: Kartallar kilang pemain

PEMAIN Kartallar SC (jersi hitam) cuba menghalang pemain lawan.
26 Feb: Kelab Kartallar SC yang berpangkalan di Segambut boleh dianggap sebagai antara kilang pengeluar pemain remaja berbakat dalam sukan futsal dan bola sepak tempatan.

Pada penampilan Karnival Futsal Harian Metro bagi edisi Lembah Klang di Uptown Sports Bandar Baru Bangi Ahad lalu, pasukan Kartallar SC dinobatkan juara kategori Lelaki Bawah 17.

Monday 24 February 2014

HARIAN METRO: Farid Ashraf wira Kartallar SC

"Ilmu yang saya dapat ketika di Bayern Munich dulu banyak membantu saya dalam menambah skil dan keyakinan diri." - Farid Ashraf
24 Feb: Kartallar SC dinobat juara kategori Lelaki Bawah 17 Karnival Futsal Harian Metro edisi Lembah Klang selepas membenam RG Juniors 1- 0 pada final di Uptown Sports Bandar Baru Bangi, semalam.

Sentuhan penyerang pasukan Kartallar SC, Farid Ashraf Kamarozaman nyata menjadi duri dalam daging buat RG Juniors dengan gerakan lincahnya yang sering mengucar-kacirkan benteng lawan.

HARIAN METRO: Tiga pasukan lakar kejutan

MUSTAPA (empat dari kanan) bersama Syed Anuar (tiga dari kanan), Dr Mohd Noor (lima dari kiri)
bergambar bersama pasukan juara setiap kategori di Uptown Sports di Bandar Baru Bangi, semalam.

24 Feb: Skuad MAC, REM FC A dan Kartallar SC mengungguli kategori Terbuka Lelaki, Wanita dan Remaja Bawah 17 Tahun Karnival Futsal Harian Metro Lembah Klang di Uptown Sports, Bandar Baru Bangi, semalam.

MAC muncul juara kategori Terbuka Lelaki selepas menundukkan pasukan pilihan, Bertam Ulu menerusi penentuan penalti 4-3, manakala REM FC A mengesahkan kedudukan selaku pasukan teratas kategori Terbuka Wanita apabila mengalahkan Phoenix TGF A 1-0.

Kartallar SC pula dinobat jaguh kategori Remaja Bawah 17 Tahun selepas mengalahkan RG Junior 1-0 pada perlawanan akhir.