Thursday 24 April 2014

HARIAN METRO: Mara ke Grand Final

24 Apr: Nama Court Soccer tidak perlu diperkenalkan lagi keranasudah mencipta nama selaku pasukan paling berjaya dalam kancah futsal tanah air.

Kali ini mereka gah mengungguli Karnival Futsal Milo Hidup Bola (KFMHB) 2014 bagi kategori B-16 tahun selepas mengalahkan Safias FC dari Negeri Sembilan 3-1 pada aksi final di Senawang Sports Planet, Ahad lalu.

Court Soccer layak ke final selepas menang tipis 1-0 ke atas satu lagi pasukan pilihan Kartallar FC dari Selangor manakala Safias FC menewaskan NKA FC dari Pahang 2-1 pada satu lagi saingan separuh akhir.

Monday 7 April 2014

Sergio Gargelli Futsal Coaching Clinic


7 Apr: Pada 5 & 6 April telah berlangsungnya Klinik Kejurulatihan Futsal bersama Sergio Gargelli dari Italy di Triways Sport Centre. Seramai 35 peserta telah menghadiri program tersebut yang rata-rataya pengurus dan juga jurulatih pasukan Amatur, Liga Pro & Liga IPT seluruh Malaysia.

Yang menarik perhatian, program ini telah disertai 3 orang peserta wanita, 3 berbangsa Cina, 2 berbangsa India serta seorang warga Afrika. Program ini merupakan anjuran Brilyan Sport Technology Malaysia dan Futsalasports serta ditaja oleh Kool dan Ozzvampo dengan kerjasama Kartallar Sports Club, Arena Futsal Malaysia dan Triways Sport Centre.