Thursday 24 April 2014

HARIAN METRO: Mara ke Grand Final

24 Apr: Nama Court Soccer tidak perlu diperkenalkan lagi keranasudah mencipta nama selaku pasukan paling berjaya dalam kancah futsal tanah air.

Kali ini mereka gah mengungguli Karnival Futsal Milo Hidup Bola (KFMHB) 2014 bagi kategori B-16 tahun selepas mengalahkan Safias FC dari Negeri Sembilan 3-1 pada aksi final di Senawang Sports Planet, Ahad lalu.

Court Soccer layak ke final selepas menang tipis 1-0 ke atas satu lagi pasukan pilihan Kartallar FC dari Selangor manakala Safias FC menewaskan NKA FC dari Pahang 2-1 pada satu lagi saingan separuh akhir.

Kategori B-12 tahun menyaksikan kedua-dua finalis dari Johor Bahru, Stylo Mylo ‘B’ dan Universtyle Tiram.

Bagaimanapun, kemenangan 1-0 sudah memadai buat Stylo Mylo ‘B’ untuk dinobat juara siri ke-5 KFMHB.

Sebelum itu, di separuh akhir Stylo Mylo menang tipis 1-0 ke atas wakil tuan rumah SK Seremban 2A manakala Universtyle Tiram mengalahkan Misai FC dari Kuala Lumpur 2-1.

Court Soccer, Safias FC, Stylo Mylo ‘B’ dan Universtyle Tiram akan mengisi kuota Negeri Sembilan layak ke peringkat Grand Final di Ampang Sports Planet pada 22 Jun.

Hadiah pemenang kedua-dua kategori di sampaikan Eksekutif Pemasaran Sukan Nestle Products Sdn Bhd, Kerwin Lim.

KFMHB akan ke Sabah, Sabtu ini bagi mencari empat pasukan terbaik untuk dua kategori diikuti aksi di Kota Bharu Futsal Arena pada 1 Mei.

Oleh Mohd Badlishah Md Ali
LINK

No comments:

Post a Comment