Saturday 30 August 2014

UNDER 17: Kartallar SC Juara Merdeka Cup 2014


















KEPUTUSAN
Peringkat Kumpulan: menang 8 - 1 Junior Bonito, menang 3 - 1 GB FC
Pusingan Kedua: menang 4 - 0 Ranggi Boy
Pusingan Ketiga: menang 4 - 0 Court Soccer B
Suku Akhir: menang 4 - 0 Saujana Jr
Separuh Akhir: menang 3 - 0 Charo FT
Akhir: menang 4 - 3 Adam FT Jr

Thursday 21 August 2014

Piala Belia 2014: Faiz Pemain Terbaik Merah Kuning

Faizzudin Abidin
Juara bertahan, Selangor memulakan aksi sulung Piala Belia dengan menundukkan PDRM 4-3 di Stadium Hang Jebat, Melaka petang tadi.

Gol-gol Selangor dijaringkan Abdul Rakib Abdul Razak (m-37), Faridzul Muadz Paridhonath (79), Muhammad Faizzudin Abidin (82) dan Muhammad Alif Saiddatul (83).

Pemain tengah, Faizzudin pastinya pemain terbaik buat Merah Kuning selepas mencipta 3 gol buat rakan-rakan di samping turut menjaringkan gol ketiga pasukannya.

Tuesday 19 August 2014

ACT 2014: Harimau Muda tempah aksi final menentang PVF Vietnam

Haziq Nadzli
Harimau Muda B-16 tahun mara ke perlawanan akhir Trofi Juara-Juara Asia dengan penuh bergaya apabila mencatat kemenangan 3-0 untuk menyingkirkan penyandang juara, Chonburi FC dengan agregat 6-1.

Skuad bimbingan S.Balachandran turun dengan kelebihan 2 gol yang dibawa dari Janda Baik, namun tentangan sengit yang dijangka dari pasukan juara bertahan itu nyata meleset apabila Chonburi gagal mempamer corak permainan biasa mereka sebaliknya Harimau Muda dilihat lebih dominan dengan menguasai jentera tengah.



Monday 18 August 2014

FRENZ ASIA CHAMPIONS TROPHY U-16 2014: Semi Final

Semi Final, 2nd Leg between Harimau Muda U16 vs Chonburi FC is tonight. Who will be in final to face PVF Vietnam? LIVE on Astro Arena Saluran 801 and 802 HD.

Monday 11 August 2014

IPT FUTSAL: Kolej Komuniti Selangor Juara Zon Tengah Utara

Kolej Komuniti Selangor meraikan kemenangan menjuarai kategori lelaki futsal IPT zon tengah utara di UIAM Gombak yang berakhir semalam.
Keputusan Akhir: KK Sel 8 - 1 MMU
Senarai pemain: 1. Khairul Izwan, 2. Afiq Nadiy, 7. Zuhairi Sholahuddin, 15. Syed Aizad, 18. Azrin Hezry, 4. Farhan Baahrim, 5. Shafiq Tahir, 8. Azrie Basalie, 9. Efiezal Kamaruddin, 12. Zarif Norzamry, 16. Iskandar Ismail, 17. Syafiq Rashid, 19. Adni Hadi, 20. Syed Idham
Ketua Jurulatih: Qusmaini Noor

Saturday 9 August 2014

ACT 2014: Harimau Muda U-16 sink Chonburi in Janda Baik


9 Aug: Strikers Kogileswaran Raj, Najib Abdullah and substitutive Amirul Syazwan fired Harimau Muda U-16 2014 to a 3-1 victory over defending champions Chonburi FA in the first leg semi-finals of the Asia Champions Trophy Under-16 2014 at Frenz Stadium today.

FRENZ ASIA CHAMPIONS TROPHY U-16 2014: Separuh Akhir

Saksikan Haziq Nadzli dan skuad Harimau Muda D beraksi lawan Chonburi dalam perlawanan separuh akhir pertama ACT 2014 'LIVE' di Astro Arena malam ini.


Thursday 7 August 2014

KEJOHANAN FUTSAL IPT 2014: Sirkit Zon Tengah Utara

Kolej Komuniti Negeri Sembilan diundi dalam kumpulan B & Kolej Komuniti Selangor diundi dalam kumpulan C.


Semua perlawanan akan berlangsung di UIA Gombak, 7 - 10 Ogos.
JADUAL PERLAWANAN

Wednesday 18 June 2014

HARIAN METRO: Disiplin julang visi DANI ‘A’

EKSEKUTIF Pemasaran Sukan Nestle Kerwin Lim (tiga dari kiri) menyerahkan
trofi kejuaraan kepada ketua pasukan DANI FC 'A', Areinz Ismail.
18 Jun: Tahap disiplin tinggi serta mempunyai pemain hebat dan matang menjadi antara kunci kejayaan DANI FC ‘A’ kendalian Aizul Rohan Anuar mencipta nama apabila mengungguli Karnival Futsal Milo Hidup Bola Terbuka Lelaki 2014 di Ampang Sports Planet, baru-baru ini.

Perlawanan akhir menyaksikan pertembungan DANI FC ‘A’ dan Kartallar SC dari Sepang berakhir dengan penentuan sepakan penalti dan tuah milik anak buah Aizul Rohan apabila menang 4-3 selepas terikat 1-1 pada masa sebenar.

Hasil kejayaan itu DANI FC ‘A’ membawa pulang RM10,000, pingat, barangan Milo-Figos manakala Kartallar SC menerima RM5,000, pingat, barangan Milo-Figos selaku naib juara.

NEW STRAITS TIMES: Dani FC and Nama FC take honours

18 June: SEASONED futsallers Dani FC were in unbeatable form as they subdued Kartallar FC 4-3 to emerge as the men’s Open champions of the Milo Hidup Bola Carnival over the weekend.

Thursday 24 April 2014

HARIAN METRO: Mara ke Grand Final

24 Apr: Nama Court Soccer tidak perlu diperkenalkan lagi keranasudah mencipta nama selaku pasukan paling berjaya dalam kancah futsal tanah air.

Kali ini mereka gah mengungguli Karnival Futsal Milo Hidup Bola (KFMHB) 2014 bagi kategori B-16 tahun selepas mengalahkan Safias FC dari Negeri Sembilan 3-1 pada aksi final di Senawang Sports Planet, Ahad lalu.

Court Soccer layak ke final selepas menang tipis 1-0 ke atas satu lagi pasukan pilihan Kartallar FC dari Selangor manakala Safias FC menewaskan NKA FC dari Pahang 2-1 pada satu lagi saingan separuh akhir.

Monday 7 April 2014

Sergio Gargelli Futsal Coaching Clinic


7 Apr: Pada 5 & 6 April telah berlangsungnya Klinik Kejurulatihan Futsal bersama Sergio Gargelli dari Italy di Triways Sport Centre. Seramai 35 peserta telah menghadiri program tersebut yang rata-rataya pengurus dan juga jurulatih pasukan Amatur, Liga Pro & Liga IPT seluruh Malaysia.

Yang menarik perhatian, program ini telah disertai 3 orang peserta wanita, 3 berbangsa Cina, 2 berbangsa India serta seorang warga Afrika. Program ini merupakan anjuran Brilyan Sport Technology Malaysia dan Futsalasports serta ditaja oleh Kool dan Ozzvampo dengan kerjasama Kartallar Sports Club, Arena Futsal Malaysia dan Triways Sport Centre.

Wednesday 26 February 2014

HARIAN METRO: Kartallar kilang pemain

PEMAIN Kartallar SC (jersi hitam) cuba menghalang pemain lawan.
26 Feb: Kelab Kartallar SC yang berpangkalan di Segambut boleh dianggap sebagai antara kilang pengeluar pemain remaja berbakat dalam sukan futsal dan bola sepak tempatan.

Pada penampilan Karnival Futsal Harian Metro bagi edisi Lembah Klang di Uptown Sports Bandar Baru Bangi Ahad lalu, pasukan Kartallar SC dinobatkan juara kategori Lelaki Bawah 17.

Monday 24 February 2014

HARIAN METRO: Farid Ashraf wira Kartallar SC

"Ilmu yang saya dapat ketika di Bayern Munich dulu banyak membantu saya dalam menambah skil dan keyakinan diri." - Farid Ashraf
24 Feb: Kartallar SC dinobat juara kategori Lelaki Bawah 17 Karnival Futsal Harian Metro edisi Lembah Klang selepas membenam RG Juniors 1- 0 pada final di Uptown Sports Bandar Baru Bangi, semalam.

Sentuhan penyerang pasukan Kartallar SC, Farid Ashraf Kamarozaman nyata menjadi duri dalam daging buat RG Juniors dengan gerakan lincahnya yang sering mengucar-kacirkan benteng lawan.

HARIAN METRO: Tiga pasukan lakar kejutan

MUSTAPA (empat dari kanan) bersama Syed Anuar (tiga dari kanan), Dr Mohd Noor (lima dari kiri)
bergambar bersama pasukan juara setiap kategori di Uptown Sports di Bandar Baru Bangi, semalam.

24 Feb: Skuad MAC, REM FC A dan Kartallar SC mengungguli kategori Terbuka Lelaki, Wanita dan Remaja Bawah 17 Tahun Karnival Futsal Harian Metro Lembah Klang di Uptown Sports, Bandar Baru Bangi, semalam.

MAC muncul juara kategori Terbuka Lelaki selepas menundukkan pasukan pilihan, Bertam Ulu menerusi penentuan penalti 4-3, manakala REM FC A mengesahkan kedudukan selaku pasukan teratas kategori Terbuka Wanita apabila mengalahkan Phoenix TGF A 1-0.

Kartallar SC pula dinobat jaguh kategori Remaja Bawah 17 Tahun selepas mengalahkan RG Junior 1-0 pada perlawanan akhir.

Monday 6 January 2014

HARIAN METRO: Kartallar SC menang bergaya

"Kami tewas tipis 0-1 dan gagal melangkah ke separuh akhir untuk mengintai kejuaraan, namun kali ini kami berjaya menewaskan mereka di final." - Aizat Yahya
6 Jan: Skuad futsal Kartallar SC dari Sepang Selangor muncul juara Kejohanan Futsal Bawah 17 tahun Sports Planet Puncak Alam (SPPA) selepas mengatasi Arena FM Melaka 2-0 pada aksi final baru-baru ini.

Kemenangan bergaya pasukan itu membolehkan mereka meraih wang tunai, RM1,000 manakala Arena FM, RM700.

Kejohanan anjuran bersama Kick FC itu menyaksikan penyertaan 32 pasukan dengan skuad Semut Merah A dan B juga dari Selangor masing-masing menduduki tangga ketiga dan keempat saingan selepas kedua-dua pasukan itu tewas kepada Kartallar dan Arena FM pada separuh akhir.

Sunday 5 January 2014

Frenz United U16 vs Liverpool U17 (1-2)

Haziq Nazli dan Faiz Mazlan beraksi semalam menentang Liverpool di Stadium Selayang...