![]() |
EKSEKUTIF Pemasaran Sukan Nestle Kerwin Lim (tiga dari kiri) menyerahkan trofi kejuaraan kepada ketua pasukan DANI FC 'A', Areinz Ismail. |
Perlawanan akhir menyaksikan pertembungan DANI FC ‘A’ dan Kartallar SC dari Sepang berakhir dengan penentuan sepakan penalti dan tuah milik anak buah Aizul Rohan apabila menang 4-3 selepas terikat 1-1 pada masa sebenar.
Hasil kejayaan itu DANI FC ‘A’ membawa pulang RM10,000, pingat, barangan Milo-Figos manakala Kartallar SC menerima RM5,000, pingat, barangan Milo-Figos selaku naib juara.Tempat ketiga/keempat masing-masing menerima RM3,000 manakala kelima hingga kelapan (RM1,500).
Pada separuh akhir, DANI FC ‘A’ mengalahkan MK YT ‘A’, 3-1 manakala Kartallar SC membenam A7 United, 2-1.
“Kejayaan ini berkat doa, selawat, Al-Fatihah sebelum dan selepas perlawanan, itu rahsia kemenangan ini,” kata Aizul Rohan.
Kategori wanita milik NAMA FC selepas memadam impian Phoenix FC, 2-1 pada aksi final.
NAMA FC menjadi pasukan pertama ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Island Ladies, 4-1 manakala Phoenix mengalahkan REM ‘A’, 2-0.
Kejohanan anjuran Nestle Product Sdn Bhd sempena ulang tahun ke-9 Karnival Futsal Milo Hidup Bola berjaya menggamit penyertaan lebih 170 pasukan lelaki dan wanita.
Pengurus Pemasaran Sukan, Nestle Products Sdn Bhd Ng Ping Loong berkata, sambutan program anjuran Nestle itu diperkenalkan pada 2006.
“Program ini pengiktirafan MILO kepada peminat futsal yang beriadah di hujung minggu.
Sejak 2006 lagi, acara ini melahirkan generasi sihat dengan membentuk nilai-nilai dalam jiwa remaja dan kanak-kanak,” katanya.
Oleh Mohd Badlishah Md Ali
No comments:
Post a Comment