Wednesday 18 June 2014

HARIAN METRO: Disiplin julang visi DANI ‘A’

EKSEKUTIF Pemasaran Sukan Nestle Kerwin Lim (tiga dari kiri) menyerahkan
trofi kejuaraan kepada ketua pasukan DANI FC 'A', Areinz Ismail.
18 Jun: Tahap disiplin tinggi serta mempunyai pemain hebat dan matang menjadi antara kunci kejayaan DANI FC ‘A’ kendalian Aizul Rohan Anuar mencipta nama apabila mengungguli Karnival Futsal Milo Hidup Bola Terbuka Lelaki 2014 di Ampang Sports Planet, baru-baru ini.

Perlawanan akhir menyaksikan pertembungan DANI FC ‘A’ dan Kartallar SC dari Sepang berakhir dengan penentuan sepakan penalti dan tuah milik anak buah Aizul Rohan apabila menang 4-3 selepas terikat 1-1 pada masa sebenar.

Hasil kejayaan itu DANI FC ‘A’ membawa pulang RM10,000, pingat, barangan Milo-Figos manakala Kartallar SC menerima RM5,000, pingat, barangan Milo-Figos selaku naib juara.

NEW STRAITS TIMES: Dani FC and Nama FC take honours

18 June: SEASONED futsallers Dani FC were in unbeatable form as they subdued Kartallar FC 4-3 to emerge as the men’s Open champions of the Milo Hidup Bola Carnival over the weekend.