Monday 7 April 2014

Sergio Gargelli Futsal Coaching Clinic


7 Apr: Pada 5 & 6 April telah berlangsungnya Klinik Kejurulatihan Futsal bersama Sergio Gargelli dari Italy di Triways Sport Centre. Seramai 35 peserta telah menghadiri program tersebut yang rata-rataya pengurus dan juga jurulatih pasukan Amatur, Liga Pro & Liga IPT seluruh Malaysia.

Yang menarik perhatian, program ini telah disertai 3 orang peserta wanita, 3 berbangsa Cina, 2 berbangsa India serta seorang warga Afrika. Program ini merupakan anjuran Brilyan Sport Technology Malaysia dan Futsalasports serta ditaja oleh Kool dan Ozzvampo dengan kerjasama Kartallar Sports Club, Arena Futsal Malaysia dan Triways Sport Centre.

Objektif program ini adalah perkongsian ilmu dan juga menimba pengalaman bersama Jurulatih Sergio Gargelli dengan menerapkan pengetahuan cara dan sistem permainan “Modern Futsal”. Di samping itu, ianya dapat membantu para jurulatih atau pengurus di peringkat Amatur dan Universiti memahami konsep sebenar futsal. Ilmu yang diberikan adalah sesuatu yang amat baru di Malaysia dan perlu diperkenalkan bagi membantu perkembangan futsal di Malaysia terutamanya pemain-pemain muda.

Qusmaini Md Noor selaku ‘Translator’ dan juga barisan pengurusan Brilyan Sport Technology selaku penganjur berkata peserta didedahkan teknik dan taktik futsal yang betul dari aspek methodology dan sistem latihan. Ilmu ini penting buat para jurulatih untuk melatih pemain-pemain supaya mereka faham konsep sebenar permainan futsal. Para peserta yang hadir di dalam program ini mengerti cara sebenar bagaimana futsal perlu dan harus dimainkan.

No comments:

Post a Comment