Thursday 21 August 2014

Piala Belia 2014: Faiz Pemain Terbaik Merah Kuning

Faizzudin Abidin
Juara bertahan, Selangor memulakan aksi sulung Piala Belia dengan menundukkan PDRM 4-3 di Stadium Hang Jebat, Melaka petang tadi.

Gol-gol Selangor dijaringkan Abdul Rakib Abdul Razak (m-37), Faridzul Muadz Paridhonath (79), Muhammad Faizzudin Abidin (82) dan Muhammad Alif Saiddatul (83).

Pemain tengah, Faizzudin pastinya pemain terbaik buat Merah Kuning selepas mencipta 3 gol buat rakan-rakan di samping turut menjaringkan gol ketiga pasukannya.



Selangor akan berhadapan ATM dalam perlawanan kedua yang akan berlangsung di Stadium MMU, Melaka, 4.15 petang esok (Khamis 21 Ogos 2014).

No comments:

Post a Comment