Monday 24 February 2014

HARIAN METRO: Farid Ashraf wira Kartallar SC

"Ilmu yang saya dapat ketika di Bayern Munich dulu banyak membantu saya dalam menambah skil dan keyakinan diri." - Farid Ashraf
24 Feb: Kartallar SC dinobat juara kategori Lelaki Bawah 17 Karnival Futsal Harian Metro edisi Lembah Klang selepas membenam RG Juniors 1- 0 pada final di Uptown Sports Bandar Baru Bangi, semalam.

Sentuhan penyerang pasukan Kartallar SC, Farid Ashraf Kamarozaman nyata menjadi duri dalam daging buat RG Juniors dengan gerakan lincahnya yang sering mengucar-kacirkan benteng lawan.


Menurut pemain yang pernah menimba ilmu bola sepak di kelab terkemuka Eropah, Bayern Munich pertengahan tahun lalu banyak membantu meningkatkan permainannya.

“Ilmu yang saya dapat ketika di Bayern Munich dulu banyak membantu saya dalam menambah skil dan keyakinan diri.

“Bagi saya kemenangan ini bukan disebabkan saya semata-mata, tetapi kami bermain sebagai satu pasukan.

“Saya gembira atas kemenangan ini. Kami bermain dalam satu unit dan sikap tidak berputus asa kawan-kawan banyak membantu,” katanya.

Berikutan kemenangan itu, Kartallar SC meraih RM2,000 berserta pingat dan hadiah iringan manakala RG Juniors menerima RM1,500 berserta pingat dan hadiah iringan.

No comments:

Post a Comment