Monday 24 February 2014

HARIAN METRO: Tiga pasukan lakar kejutan

MUSTAPA (empat dari kanan) bersama Syed Anuar (tiga dari kanan), Dr Mohd Noor (lima dari kiri)
bergambar bersama pasukan juara setiap kategori di Uptown Sports di Bandar Baru Bangi, semalam.

24 Feb: Skuad MAC, REM FC A dan Kartallar SC mengungguli kategori Terbuka Lelaki, Wanita dan Remaja Bawah 17 Tahun Karnival Futsal Harian Metro Lembah Klang di Uptown Sports, Bandar Baru Bangi, semalam.

MAC muncul juara kategori Terbuka Lelaki selepas menundukkan pasukan pilihan, Bertam Ulu menerusi penentuan penalti 4-3, manakala REM FC A mengesahkan kedudukan selaku pasukan teratas kategori Terbuka Wanita apabila mengalahkan Phoenix TGF A 1-0.

Kartallar SC pula dinobat jaguh kategori Remaja Bawah 17 Tahun selepas mengalahkan RG Junior 1-0 pada perlawanan akhir.Selaku juara, MAC membawa pulang wang tunai RM5,000, manakala Bertam Ulu (RM3,000), Royale (RM2,000) serta Young Titans C (RM1,000).

Pasukan di tangga kelima hingga kelapan meraih RM500.

REM FC A menjuarai kategori Terbuka Wanita menerima RM3,000, manakala naib juara, Phoenix TGF A (RM2,000).

Pasukan ketiga, REM FC B (RM1,000) dan keempat Northern 5 (RM700).

Pasukan tempat kelima hingga kelapan menerima RM250.

Juara kategori Remaja Bawah 17 Tahun, Kartallar SC membawa pulang RM2,000, RG Junior (RM1,500) selaku naib juara diikuti ketiga Charo FT (RM1,000) dan keempat Kaki Ole (RM700).

Pasukan kelima hingga kelapan menerima RM250.

Karnival Futsal Harian Metro Lembah Klang yang menawarkan hadiah keseluruhan RM26,900 itu dibawa oleh Kumpulan AmBank dan disokong oleh pembekal peralatan sukan Figos.

Hadiah pemenang disampaikan Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar, Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan AmBank Syed Anuar Syed Ali dan Pengarang Sukan Harian Metro Mohd Radzi Wahab.

Turut hadir Penasihat Uptown Sports, Tan Sri Dr Mohd Noor Ismail dan Pengurus Penjenamaan dan Korporat Figos Sport, Travis Lim.

Oleh Lokman Zainal Abidin dan Firdaus Hashim

No comments:

Post a Comment