Tuah nyata milik Putra MB dari Klang apabila menang penalti 3-2 seterusnya mengungguli KFMHB peringkat negeri Pahang.
Pada separuh akhir, Kartallar SC mengalahkan Panglima United dari Kuantan, 3-0 manakala Putra MB menumpaskan Perantau SC juga dari Kuantan, 3-1.Kategori Bawah 12 Tahun menyaksikan juara milik Absolute Mutiara Selatan (ABS) dari Johor yang mengalahkan wakil Terengganu Sinaran Muda B, 2-1 melalui penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1.
Sebelum itu, ABS mengalahkan AZ Corner Kids dari Kelantan, 3-1 manakala Sinaran Muda B menumpaskan Masrina FC juga dari Kelantan, 3-0.
Mutiara Selatan dan Sinaran Muda B akan membawa cabaran Pahang ke peringkat grand final.
Putra MB, Kartallar SC, ABS dan Sinaran Muda B layak beraksi di grand final di Ampang Sports Planet, 7 Julai ini.
Hadiah disampaikan Eksekutif Pemasaran Sukan Nestle Product Sdn Bhd Kerwin Lim.
Kota Bharu Futsal Arena, Pengkalan Chepa menjadi lokasi ke-11 KFMHB bagi mengisi empat lagi kuota saingan grand final, Sabtu ini.
Oleh Mohd Badlishah Md Ali
No comments:
Post a Comment