Tuesday 18 June 2013

HARIAN METRO: Danial inspirasi Kartallar SC ‘C’

18 Jun: Kartallar SC C dari Sepang membuktikan mereka layak bergelar juara Bawah 16 Tahun apabila mempamerkan aksi konsisten sepanjang Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2013 siri ke-13 berlangsung di Ampang Sports Planet.

Mereka tidak menghadapi masalah membenam cabaran Khaizar Sports FC dari Johor Bahru, 4-0 di final.

Dua gol Muhammad Danial Amier Norhisham pada babak pertama menjadi inspirasi Kartallar SC C diikuti jaringan Raja Muhamad Fazikrilhakim Raja Adam dan Farid Ashraf Kamarozaman pada babak kedua untuk melengkapkan kemenangan.Tempat ketiga bersama dimiliki skuad Court Soccer FC dari Kuala Lumpur dan Anak Kalumpang dari Selangor.

Kategori Bawah 12 Tahun juara milik Suara Muda A dari Kelantan selepas menang tipis 1-0 ke atas Pangsapuri Segar Ria (PPSR) dari Kuala Lumpur. Suara Muda B dan Absolute Mutiara Selatan dari Johor menduduki tempat ketiga bersama.

Kartallar SC C, Khaizar Sports FC, Court Soccer, Anak Kalumpang, Suara Muda A, Suara Muda B dan PPSR mewakili Kuala Lumpur bersaing ke peringkat grand final pada 7 Julai ini.

Siri ke-13 berjaya menggamit penyertaan 140 pasukan dan ia peningkatan membanggakan berbanding saingan tahun lalu, 120 pasukan.

Hadiah pemenang disampaikan Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Product Sdn Bhd Ng Ping Loong.

Oleh Mohd Badlishah Mohd Ali

No comments:

Post a Comment