Wednesday 11 July 2012

Ketahui kumpulan anda



WAKIL pasukan futsal dan bola jaring yang layak ke saingan Grand Final Karnival Futsal Harian Metro 2012 (KFHM) dialu-alukan untuk menghadirkan diri pada majlis undian berlangsung petang ini.
Sebanyak 96 pasukan futsal membabitkan kategori Terbuka Lelaki, Wanita dan Lelaki Bawah 17 Tahun serta 32 pasukan bola jaring Terbuka Lelaki dan Wanita yang mengesahkan tempat ke saingan kemuncak itu selepas berjaya melepasi pertarungan di Zon Tengah, Timur, Utara dan Selatan yang dianjurkan sejak Mac lalu.

Majlis undian akan berlangsung di Theatrette, Tingkat Lima, Balai Berita NSTP di Jalan Riong, Bangsar bermula pada jam 3 petang dengan kedudukan dan laluan semua pasukan yang bertanding bagi merebut hadiah keseluruhan RM139,000 yang ditawarkan penganjur akan ditentukan.
Seandainya terdapat pasukan yang tidak menghantar wakil, undian bagi pasukan terbabit akan dilakukan oleh pihak penganjur dengan telus bagi menentukan kedudukan mereka pada saingan kemuncak yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Batu Berendam, Melaka pada Sabtu ini.

Keputusan undian akan dipaparkan di akhbar Harian Metro esok dengan setiap pasukan dinasihatkan untuk menyemak pasukan masing-masing agar tidak timbul sebarang masalah dan kekeliruan.

Bagi saingan futsal yang dibawakan oleh AmBank, juara kategori Terbuka Lelaki akan membawa pulang hadiah wang RM20,000 manakala RM12,000 bagi juara Terbuka Wanita dan RM10,000 bagi Lelaki Bawah 17 Tahun dan hadiah wang turut diberikan kepada lapan pasukan terbaik bagi setiap kategori.
Juara bagi pertandingan bola jaring pula akan membawa pulang RM3,000 bagi Terbuka Lelaki dan Wanita dengan empat pasukan teratas setiap kategori akan meraih hadiah kemenangan.

Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan Mohd Hidzir di talian 016-6400 885/ 03-20569660.

No comments:

Post a Comment