Tuesday 17 July 2012

Saujana Jr D Lepasi Sasaran - Naib Juara Grand Final KFHM 2012


FAKTOR keletihan menyumbang kepada kekalahan Saujana Jr D pada pentas final kategori Lelaki Bawah 17 Tahun di Grand Final Karnival Futsal Harian Metro 2012.

Pasukan dari Selangor itu terpaksa akur kepada kehebatan Sahabat Pasir Gudang yang berjaya mencatat kemenangan 2-0 untuk bergelar jaguh kategori terbabit dan membawa pulang hadiah wang berjumlah RM10,000 yang ditawarkan pada saingan kemuncak itu.

“Pemain saya bermain mati-matian sejak peringkat kumpulan hingga menjejaskan persembahan mereka pada perlawanan akhir. Selain dibelenggu masalah kekurangan pemain, kami turut berdepan dengan pemain yang tidak cergas sepenuhnya.
“Namun saya tetap puas hati kerana sasaran awal untuk melepasi peringkat kumpulan tercapai. Selebihnya, kemampuan mara hingga ke final adalah bonus untuk kami,” kata pengurus, Shahzrul Azuan.

Selaku naib juara, Saujana Jr D membawa pulang hadiah berjumlah RM7,000 diikuti Court Jr A yang meraih RM5,000 selepas meraih tempat ketiga apabila menewaskan pasukan di tempat keempat, Standard Jr 1-0.

No comments:

Post a Comment