Monday 9 July 2012

SENARAI AKHIR PEMAIN UNTUK BAWA CABARAN KSC BANGSARIANZ DI MELAKA


Senarai akhir 8 pemain pasukan KSC Bangsarianz yang akan beraksi di Grand Final Karnival Futsal Harian Metro 2012 (kategori bawah 17 tahun)  telah diumumkan sebentar tadi. 


Kejohanan akan diadakan di Kompleks Sukan Batu Berendam pada 14 & 15 Julai.


Muhammad Firdaus Mohd Amir
Muhammad Zulhairy Muhammad Nur Fitri
Syed Muhammad Aizat Fazirul Afzan
Muhammad Luqman Muhammad Faiz


Pemain menjalani latihan terakhir semalam

Jurulatih, Muhammad Hafiz akan menerajui pasukan di Grand Finals Karnival Futsal Harian Metro buat kali keempat sejak tahun 2009. Beliau merupakan jurulatih RSP (Remaja Semangat Pejuang) untuk 3 siri Grand Finals sebelum ini. RSP merupakan naib johan pada edisi 2009 di Pulau Pinang. Pada tahun 2010, RSP menduduki tempat kelima setelah tewas di pusingan suku akhir di Ampang.

Sementara itu, jurulatih kedua Gozal akan menerajui pasukan di Grand Finals buat kali ketiga. Tahun 2009 kedua-dua pasukan Lelaki Terbuka beliau HMC-PiC A & B berjaya mara ke Grand Finals di Pulau Pinang. HMC-PiC A berjaya menduduki tempat kelima setelah tewas 1-2 kepada Laman@NWE di pusingan suku akhir tahun itu. Pasukan wanita beliau Damas FC juga berjaya layak ke Grand Finals pada tahun 2009 & 2010. Beliau membuat keputusan untuk bersara pada akhir tahun 2010 selepas terpaksa menjalani pembedahan lutut. Namun atas nasihat dan pandangan dari rakan-rakan seperjuangan serta mentor beliau di dalam arena futsal, akhirnya kembali menjadi jurulatih menjelang akhir tahun 2011.

No comments:

Post a Comment