Tuesday 17 July 2012

Sahabat Pasir Gudang Juara Grand Final KFHM 2012


PENANTIAN selama lima tahun Ibrahim Isnin untuk melihat anak buahnya mendominasi gelaran juara Grand Final Karnival Futsal Harian Metro akhirnya menjadi realiti apabila pasukan Sahabat Pasir Gudang di bawah kendaliannya muncul juara kategori Remaja Bawah 17 Tahun, kelmarin.

Ibrahim yang sering menjadi pengurus membawa pasukan bersaing di karnival ini, jelas begitu gembira melihat pemain Sahabat Pasir Gudang muncul juara selepas berjaya menewaskan Saujana Jr D sekali gus membawa pulang hadiah bernilai RM10,000.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung sengit kelmarin, Sahabat Pasir Gudang berjaya menewaskan Saujana Jr D dengan jaringan 2-0.

Selaku pemenang tempat kedua, Saujana Jr D membawa pulangi RM7,000.
“Selama saya mengemudi pasukan bersaing pada Karnival Futsal Harian Metro, inilah kemenangan paling besar yang saya kecapi.
“Sebelum bermulanya saingan Grand Final, memang kami meletakkan sasaran tinggi untuk muncul juara dan akhirnya ia menjadi kenyataan.
“Setiap pemain berhak meraikannya kerana mereka sudah memberikan komitmen 100 peratus pada setiap perlawanan, termasuk pada perlawanan akhir,” katanya.
Bagi saingan musim depan, Ibrahim berkata, beliau akan terus membawa pasukan bertanding pada Karnival Futsal Harian Metro kerana ia mempunyai prestij tersendiri.

“Semua pasukan yang menyertai karnival ini mahu bergelar juara, begitu juga dengan kami kerana saingan di sini sangat istimewa sebab banyak pasukan hebat beraksi,” katanya.

No comments:

Post a Comment